Friday, April 22, 2011

SPA changed!!!

We changed SPA location....disebabkan Serenity spa tu tidak boleh menampung 4-5 org in one time so...we changed to Sembunyi SPA. Actually aku dah pernah pergi Sembunyi SPA ni before di Cyberview Cyberjaya...its nice place...siap ada jacuzzi and sauna...if we take package we can enter free for jacuzzi and sauna. Last time aku pergi with yani and ida..bestla berendam dalam jacuzzi tu..lepas berendam masuk sauna...lepas tu berendam balik heheheehe....sampai laparla dibuatnye...so this time aku, yani, fiza,marlis and siti akan bersama2 berendamkan diri dan relax.....tunggu......

Tuesday, April 19, 2011

SPA oh SPA

Dah lama aku tak memanjakan badan2 ku dgn massage or urutan hehehheehe...so aku plan time golden week ni bolehla gi spa...Japan cuti panjang ...aku follow Japan cuti baru aku leh cuti dengan bebas sikit...nothing to do at home...lagipon hubby dah start new job...so tak leh la nak kacau dia pula ...ganbatte ye b!
Biasa aku selalu berspa dgn member2 aku masa study di UM then continue ke nihon ...we all still keep in touch...ini la  kawan2 aku yang memahami aku....kalau setakat di ofis tuh hanya sesuai utk kerja saja not  more than that.......
Aku plan nak gi serenity spa di Bangi....dekat senang dan tambahan pula ada promotion 2 pax RM300 for 4 steps....so seorg dalam RM150...lagipon ni member aku si Marlis yang request tolong carikan yang murah2 sikit...budget around RM150 ajer...so okla...4 steps lagi tu.......aku tgh nak kumpulkan ahli lagi ramai lagi best.......yosh....tak sabar nak berspa!
ni la rupa serenity spa di Bangi tu...credit to google

Monday, April 18, 2011

Minggu melawat My mother in law

Last Friday we all bertolak ke JB untuk melawat my mother in law yg baru lepas operation for cancer. Alhamdulillah nampak mak semakin sihat dan bertenaga moga2 cepat sembuh dan kembali cergas seperti biasa.
Bila cakap fasal cancer, semua org mesti takut dengar yela sebab ini penyakit critical...dan paling ditakuti oleh semua orang tapi bila Allah nak duga kita, kita kena terima hakikat dan jangan patah semangat. Bila mula2 tahu mak kena breast cancer, memang semua anak2 mak...takut risau semua berbaurla..yela..dahle father in law kena stroke and selama ni mak la yang take care semua jaga abah.....everythingla semua...memang mak wanita yang tabah dan sentiasa tersenyum walaupun begitu berat dugaan yang dia terima. Aku memang kagum dengan mak mertua aku ni.....dia memang seorang wanita yang cekal semangat, baik, penyayang...
Masa aku melawat mak di hospital, ada la seorang kakak ni datang tempat mak dgn seorang makcik, kakak tu beritahu mak yang makcik dia ni suspected breast cancer juga. Anak2 dia dah arranged untuk masuk hospital tapi makcik ni takut sangat dan lari dari hospital...tak mahu buat rawatan susulan...mmmm...yela kan mungkin bagi kita yang tak kena ni mudahle cakap...tapi bagi mereka yang kena tu sure terkejut takut dan macam2 perasaan ada. Kakak ni mintala mak nasihatkan makcik dia supaya buatla rawatan segera sementara masih kecik lagi ketulan tu....
Mak nasihatle makcik tu base on pengalaman dia. Mak pon kalau tak kerana my hubby yang paksa pergi buat check di klinik memang mak pon takut juga. Tapi alhamdulillah bila dah mula buat kimo, mak rasa lebih baik dan bertenaga. Kalau tidak mak cakap memang sakit sangat sampai kadang2 nak tidurpon tak boleh. Aku tengok makcik tu punya muka memang nampak takut tapi dia teruja nak tanya mak lebih lanjut lagi...mak nasihat la pada makcik tu agar cepat2 buat pemeriksaan sementara masik kecik ketulan tu.
Kepada pembaca semua, cancer ni penyakit yang bukan lagi disebabkan keturunan atau DNA. Cancer ni menyerang semua lapisan umur tak kira muda atau tua. Ini semua berpunca dari gaya hidup kita yang semakin moden dan kurang menitik berat pemakanan dan penjagaan kesihatan. Hopefully kita dapat menjaga pemakanan kita dan selalu bersenam untuk kesihatan kita semua....yosh...sebab aku ni pon bolehla dikategorikan org yang kurang bersenam hehehheheeh....

Thursday, April 14, 2011

Kasih IBU membawa ke syurga

Before bergelar IBU memang aku tak tahu perasaan seorang ibu...bukan aku tak hormat ibu aku tapi aku tak berapa kisah pasal perasaan seorang ibu tapi bila dah bergelar ibu aku lebih memahami hati dan perasaan seorang ibu. Teringat masa sekolah cikgu selalu berpesan hormatilah ibu bapa kamu kerana dengan doa mereka kita boleh berjaya di dunia dan akhirat. Dibawah ni ada article yang boleh kita renung2kan dan ingat kembali segala pergorbanan seorang ibu dan ayah kepada kita sejak kita dalam perut lagi.

Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”


Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita.

Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:
Maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa.

Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:
“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.


(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Menurut maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.


Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu.”

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Justeru itu, Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Persoalannya?? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya sahaja barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?. Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 24 :
Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Taken

Have you watched TAKEN before?This is old movie la...yang recently selalu dimainkan di astro HBO channel tak silap aku...everytime aku tertengok movie ni mesti aku nak tengok sampai habis even dah more than 5 times aku tengok but memang tak membosankan....banyak action cerita ni....and very interesting....hero movie ni Liam Nesson yang very cool relax....best! Actually apa yang bestnye cerita ni adalah perngorbanan seorang ayah yang berusaha untuk selamat anaknya yg kena culik ketika di Paris oleh sindikit pelacuran yg high class la.....ni picture credit to google and antara adengan yang action yang best....cool.....


Monday, April 11, 2011

Puchong - Mersing - JB - Puchong

Last saturday aku balik Mersing to visit my mother in law and plan to send her to hospital in Johor for operation...di sebabkan my hubby nak kena tunggu his mother and took leave but aku tak boleh sebab budak2 sekolah so we decided balik drive kete masing masing...first in my life drive more than 400++km alone without hubby sebelah huhuuhuh...kalau setakat Sungkai tu...banyak kali la ulang alik sendiri hehehhehehe.....
Dahle pagi saturday tu hubby ada test silat bersama rakan2 seperjuangan silatnya...tunggu punya tunggu sampai shabil tertidur 2 kali...and aku pula tertidur sampai pukul 5.30PM baru hubby call...on the way nak balik rumah suruh siap semua...sbb nak terus gerak ke Mersing.

We all bertolak pukul 6.30PM jugakle from Puchong.....aku ni dahle kalau drive malam rasa mcm tak confident ajer...tapi doa banyak2 dan semoga permudahan perjalanan kami ke Mersing...Shab follow aku manakala Shaq follow ayah dia..nasib baik ada 2 anak...so takdela rasa sunyi sangat dlm kereta.
Sepanjang perjalanan Shab asyik berborak ajer ...nyanyi la lagu2 dia...sememangnye dia mulut macam ibu dia juga hehehehhe non stop...tapi okla...then hubby tanya Shab tak tidurke...Shaq dari awal2 dah tidur...yela Shab asyik cakap lapar2 huhuhuhu...we decided stop di Serting untuk makan......lepasje pekena nasi goreng cina, Shab masukje kete terus tidur...tinggalla aku drive sorang2 sambil layan lagu...huuhuhuh bosannye drive sorang2 ye hehehhehe

We all arrived at Mersing 11PM camtuh...sampaije semua pengsan...hehehhehe...and the next morning...seawal pagi we all bangun sebab nak pergi JB untuk register mak masuk hospital...again drive from Mersing to JB....lebih kurang 1hr30min juga nak sampai ke JB....memang mencabar sikitle jalan nak ke JB berselekoh tajam hehehehhe...dahle hubby bawa depan...we all follow kete dia...bawa tak ingat dunia punyala laju huhuuhuhhu...nasib baik my lady ni mmg performance baik punya....i luv luv luv sangat...hehehheh...

Lepas hantar mak...lagipon tak boleh masuk semuapon...so we all tak tahu nak buat apa dengan SHASHA dah genkai guling2 atas lantai heheheheeh

lobby hospital sultan ismail JB

Sha Sha apalah yang diorg buat tu
...anak sapa la tu kan hahahhaha biasala main apa2 ajer....then hubby ajak gi ronda2 cari makan semua kelaparan...so we all pergile ke danga bay...tgk laut yg ditambak...hahahaha...wah makin clear nampak singapore ye...cantumkan je malaysia and singapore lagi senang nak pergi sana...

di danga bay..ada club berkayak

 
danga bay cruise

shabil tgh fikir apa nak buat yek hehehhe
ni satu hal lagi dengan SHASHA..diorang begitu teruja tgk lubang2 ketam di tepi pantai and then siap gi kutip ketam yg dah mati ....adeh Shaq nak buat experiment apa la pula ye...yang kelakar tu Shaq siap jumpa belangkas yg dah mati....dia siap tunjuk kat we all and tanya apa ni? So ayah dia explained la...lepas puashati dengan answer dia pon bawale belangkas tu ke hulu ke hilir....dengan Shab...biasalakan kanak2 suka benda2 baru....exciting nak tahu....
ni la belangkas yang shaqeel kutip tu...huhuuhuh

Then hubby pon ajak jom gi makan....yosh..perut dah berbunyi2 dah ni...lets go..........After kenyang we all pergi balik ke hospital sebab waktu melawat dah semakin hampir...bila nak masuk dgn budak2 tiba2 guard bgtau budak bawah 12 tahun tak boleh naik aishhhhh....macam2 la...kibishi pula hospital sultan ismail ni...dahle anak cucu cicit nak melawat...tak boleh pula kesian budak2....tak puashati aku...even private hospital semua boleh masuk je melawat...ni nak sekat2 pula...shoganaile kalau camtuh...terpaksala take turn tolong jaga kanak2 ribena kat bawah...aku gi dulu...hubby tolong tgk budak2.......

Around 2PM tu aku pon bertolak la balik ke Puchong semula...yang kelakar tu hubby tiba2 ckp tukar plan dia balik Puchong...Friday night ni pergi balik JB...aisyyyy....aku dah adeh...sabarjerla nak cakappon malasle...hubby ni kuasa veto semua org kena cakap YES je la hahahahhahahha....jodan je....jangan mare ye B...muahah...hubby ajak balik ikut jalan dalam...means that we all tak ikut highway...we all ikut jalan JB-Kota Tinggi-Mersing-Rompin-Muazzam-Serting-Kuala Pilah-Puchong..........tgkle cuba bayangkan...adeh memang penat gile dah le hujan lebat gile sepanjang rompin ke muazzam...sakit mata aku tapi mmg semalam tak silap aku ada 3 road block rasanye...punyala banyak...rajinnye polis2 Malaysia ye...bagus tingkatkan usaha!Finally we arrived at 10PM ...my sweet home....aku penat gile rasa nak berjalan pon kebas2 kaki...mcm nak tertumbang....letakje kepala atas katil terus hilang....takde mimpi2 dah...tidur dgn nyenyak...

Saturday, April 9, 2011

Favourite song adik

My little Shab...everyday...mesti akan menyanyikan lagu favourite dia...nak tahu tak lagu apa....
Lebih kurang macam ni la hantsuon little Shab..
ABCDEFG
HIJKLMN
OPQRSTU
VWXYZ.............
Ku tahu me me c ku ....
ku nyanyi kan kelalu..................
PANDAI.......he will say pandai everytime finished the song....so cute...tomei....

Aku pon ada ajar satu lagu pada dia....lagu as below...
Bunga matahari sangat cantik
Kembang diwaktu pagi
Daunnya hijau bunganya kuning
Memikat kumbang lalu......

But when he repeating me sing that song...it will be like this,
Bunga matahari memang cantik.....
hhehehhehehe....he changed the lyric but ok la hahahahhhahahah....

Caiyo caiyo adik!

Sunday, April 3, 2011

Our weekend!

This weekend we planned nak bawa sha sha pergi main air...at first planned nak pergi Melaka wonderland...but last minute we changed hubby cakap better carijerla hotel ke resort yg ada  swimming pool sbb SHA SHA ni memang pantang jumpa air...lagipon senang sikit nak control....yokatta sebab dapat juga aku booked legend water chalets PD heheehehhe....best!!

wah bestkan....water chalet...

ni malam2 ada ramai org memancing kat sini

ni view from chalets to tower..

We all arrived at 2.30PM and terus check in. Lepakje sekejap kat bilik si sha sha terus ajak gi swimmping pool...mmmm sabarjela baru nak golek2 atas katil jap...
shaqeel buat kuak lentang

sha sha mmg tak boleh dipisahkan dari air


shabil peace....

3 heroes...di bawah lampu eletric hehehhe

hubby tgh mengajar adik main tembak bubbles

my  heroestachi

me and hubby with shabil

with my luvely sha sha

4 of us busy gan game aku pon dok syok layan kete dgn shabil

ni transport yg pick up we all from room to lobby....

sha sha paling syok naik ni....

sempat lagi tu amik gambar..

sha sha breakfast..

we with shabil again...shaqeel tukang ambil gambar hehhehe

shaqeel dgn wajah yg sungguh tak ikhlas tu

dua dua nak masuk sekali...adeh..

room we all stayed..

ni tempat berendam sha sha...lepas pool sambung sini laks..