Last Friday we all bertolak ke JB untuk melawat my mother in law yg baru lepas operation for cancer. Alhamdulillah nampak mak semakin sihat dan bertenaga moga2 cepat sembuh dan kembali cergas seperti biasa.
Bila cakap fasal cancer, semua org mesti takut dengar yela sebab ini penyakit critical...dan paling ditakuti oleh semua orang tapi bila Allah nak duga kita, kita kena terima hakikat dan jangan patah semangat. Bila mula2 tahu mak kena breast cancer, memang semua anak2 mak...takut risau semua berbaurla..yela..dahle father in law kena stroke and selama ni mak la yang take care semua jaga abah.....everythingla semua...memang mak wanita yang tabah dan sentiasa tersenyum walaupun begitu berat dugaan yang dia terima. Aku memang kagum dengan mak mertua aku ni.....dia memang seorang wanita yang cekal semangat, baik, penyayang...
Masa aku melawat mak di hospital, ada la seorang kakak ni datang tempat mak dgn seorang makcik, kakak tu beritahu mak yang makcik dia ni suspected breast cancer juga. Anak2 dia dah arranged untuk masuk hospital tapi makcik ni takut sangat dan lari dari hospital...tak mahu buat rawatan susulan...mmmm...yela kan mungkin bagi kita yang tak kena ni mudahle cakap...tapi bagi mereka yang kena tu sure terkejut takut dan macam2 perasaan ada. Kakak ni mintala mak nasihatkan makcik dia supaya buatla rawatan segera sementara masih kecik lagi ketulan tu....
Mak nasihatle makcik tu base on pengalaman dia. Mak pon kalau tak kerana my hubby yang paksa pergi buat check di klinik memang mak pon takut juga. Tapi alhamdulillah bila dah mula buat kimo, mak rasa lebih baik dan bertenaga. Kalau tidak mak cakap memang sakit sangat sampai kadang2 nak tidurpon tak boleh. Aku tengok makcik tu punya muka memang nampak takut tapi dia teruja nak tanya mak lebih lanjut lagi...mak nasihat la pada makcik tu agar cepat2 buat pemeriksaan sementara masik kecik ketulan tu.
Kepada pembaca semua, cancer ni penyakit yang bukan lagi disebabkan keturunan atau DNA. Cancer ni menyerang semua lapisan umur tak kira muda atau tua. Ini semua berpunca dari gaya hidup kita yang semakin moden dan kurang menitik berat pemakanan dan penjagaan kesihatan. Hopefully kita dapat menjaga pemakanan kita dan selalu bersenam untuk kesihatan kita semua....yosh...sebab aku ni pon bolehla dikategorikan org yang kurang bersenam hehehheheeh....
No comments:
Post a Comment